Saturday, June 13, 2009

GURU,Aku terlalu byk dosa padamu...Halalkan segala ilmumu...

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Thursday, June 11, 2009

Terlupa atau buat-buat lupa..?

Terlupa...
atau buat-buat lupa
ataupun buat-buat tak kisah
Dah tau,tapi buat-buat terlupa
Kena laknat kamu...!

Dah sembahyang?
Oppsss...!Terlupa.
Apsal tak bangun subuh tadi?
Hai...tak dengar bunyi alarm
Padahal sah2 tepi telinga aje
Tak pasal2 dapat dosa
berat pulak tu
sebab tinggal solat
bergegar tiang agama
nampaklah tak sempurna iman didada
Astagfirullahal a'zim...

Terlupa...
Tanggungjawab masing2
Suami terlupa tanggung jawab
Isteri pun terlupa juga
Akhirnya rumah tangga asyik tak berseri
Bukan tak tau
tapi saja lepas tangan
yang jadi mangsa sikecil
bila terpandang raut mata mereka
alahai...kesiannya anak2ku
Abah dan mama terlupa
mendidik mu menjadi insan beriman
Sibuk dengan alasan kerja
penat tak habis2
Si kecil menagih kasih sayang
Tapi mama dan abah tak peduli
Iskh!Tak guna betul aku ini

Terlupa...
Bang...tadi saya pesan beli ayam sekor
dah beli,lauk dah habis
anak2 kelaparan
Ya Allah,terlupa

Ayang...
Dah masak nasi belum?
Abang nak makan ni
Eh..eh..terlupa
Sebab ralit tengok cerita
aqso dan madina

Terlupa
memang sifat semulajadi manusia
kalau tak masakan disuruh membaca
pelbagai ayat untuk kuatkan ingatan
kalau tak masakan nak beli
pelbagai ubat itu ini
untuk hilang penyakit lupa

Apa pun...
Teman-teman dan keluargaku
marilah sama-sama
saling ingat mengingati
tanda kasih sayang kita
agar kita tidak alpa
dek arus kehidupan
yang byk buat kita terlupa

APA PUN JUA...
ALLAH TAK PERNAH MELUPAI
HAMBA-NYA
HANYA MENUNGGU SAAT DIJEMPUT
DAN DIPANGGIL AL-MUQARRABIN